Salam kepada semua,
Hari ini merupakan hari pertama kami memperkenalkan pertandingan blogging kepada pelajar-pelajar menengah 3. hhhmmm biasalah kalau menggunakan makmal komputer pasti masa yang terluang lebih dari yang dijangkakan.
Ramai pelajar yang sempat mendaftarkan akaun email yang baru serta akaun blog mereka khas untuk pertandingan ini. Namun ramai yang tidak sempat untuk mengisikan blog entri pertama mereka pada hari ini.
Tajuk yang telah diberikan oleh kami untuk hari ini ialah perasaan dan reaksi pelajar apabila diberitahu tentang perlunya mereka semua menyertai pertandingan ini.
Kami harap pelajar-pelajar yang tidak dapat menyelesaikannya pada hari ini dapat melaksanakannya di rumah. Semoga kamu semua dapat meraih manfaat dengan adanya pertandingan blog ini.
Setiap rintangan merupakan pintu pengajaran....
27 Jun 2008
Pertandingan Blogging 2008
Sempena Bulan Bahasa Melayu 2008, pertandingan blogging dianjurkan untuk menggalak para pelajar berkongsi buah fikiran serta komentar dalam Bahasa Melayu.
Tema blog kamu ialah Permainan Tradisional.
- Blog para pelajar juga perlu mengandungi catatan hasil kajian kamu serta perbincangan mengenainya.
- Alamat blog yang akan para pelajar daftarkan perlu bermula dengan bb2008-namapelajar.blogspot.com.
- Para pelajar diingatkan agar memastikan segala gambar digital yang digunakan haruslah yang tulen dan tidak disalin dari mana-mana lelaman tanpa izin pemiliknya. Misalnya, gambar gasing dan wau.
- Para pelajar perlu menulis sekurang-kurangnya 12 entri bermula 27 Jun 2008 dan berkahir 27 Julai 2008.
- Para pelajar akan dinilai dari segi :
kerelevanan (isi dan bahasa yang digunakan)
kreativiti (corak dan persembahan blog)
nilai tambah (unsur ilmu dan pendidikan)
Selamat mencuba!!
26 Jun 2008
Pelancaran Blogspot- Bahasa Melayu GYSS
Salam kepada para pelajar sekalian...
Walaupun sudah mencecah pertengahan 2008, rasanya tidak terlambat bagi kita untuk mencuba sesuatu baru dari apa yang kita sering gunakan. Antara portal yang sedia ada bagi pelajar-pelajar di GYSS ialah Litespeed dan Multiply masing-masing.
Mungkin ada di antara kamu yang senasib dengan kami yang baru sahaja berjinak-jinak menggunakan blogspot.com. Hmmmm.. tak tahulah kami selepas ini portal yang mana lagi yang dapat kita terokai. Namun yang pasti kami harap anak didik dari GYSS akan membuka luas teratakminda-teratak minda masing-masing sehingga dunia teknologi maklumat menjadi sebati dalam diri kamu semua.
Salam hormat,
Guru-guru Bahasa Melayu
GYSS
Langgan:
Catatan (Atom)