25 Julai 2008

Muat Naik Lagu

Ramai yang bertanya bagaimana untuk muat naik lagu. Berikut adalah arahannya.

1. Kamu perlu daftar (sign-up)di lelaman musik. Contohnya imeem.com
2. Sesudah mendaftar kamu perlu masuk (sign-in) ke lelaman itu menggunakan alamat
email dan kata laluan yang telah kamu rakamkan.
3. Di ruangan mencari (search bar) taipkan lagu asli.
4. Kemudian buka playlist yang pilihan kamu.
5. Dalam satu playlist kadangkala ada banyak lagu dari itu kamu pilih di ruang 'check'/'uncheck' sebelah kiri list lagu-lagu.
6. Setelah membuat pilihan, scroll browser ke bawah selepas playlist.
7. Kamu akan nampak ada kekata 'favourite' beserta lambang hati 'heart'.
8. Di bawahnya ada lambang 'embeded this on', klik pada ikon 'more.
9. Satu lagi browser kecil akan timbul dan kamu boleh select ikon blogger.(maknanya kamu ingin masukkan lagu dalam blog kamu)
10. Ini diikuti dengan satu lagi browser yang mengarahkan ke mana 'playlist' kamu akan disertakan.
11. Kamu akan disuruh 'sign-in' ke blog kamu dan secara automatik sudah dimasukkan ke dalam blog kamu. Tetapi kamu perlu mengesahkan entri itu dan 'tambah widget'.
12. Nah kamu dah ada lagu dalam blog kamu.

Jangan putus asa kamu ada 48 jam lagi!!!Selamat mencuba... kalau kami boleh pasti kamu pun boleh...

23 Julai 2008

Ke mana Arah Bahasa Ibunda Kita.




Yang kurik kundi
Yang merah saga
Yang baik budi
Yang indah Bahasa

Sempena Bulan Bahasa 2008, saya ingin menyentuh tentang penggunaan bahasa Melayu di kalangan mereka yang berbangsa Melayu, tidak kiralah dari golongan mana sekalipun asal sahaja mereka ini berbangsa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang saya maksudkan bukan setakat secara tulisan tetapi juga secara lisan.

Saya mengajukan soalan ini kepada teman-teman serta anak didik saya; ‘Mengapa akhir-akhir ini ramai orang Melayu yang dilahirkan dalam keluarga Melayu yang bahasa ibundanya bahasa Melayu, tidak dapat menggunakan bahasa Melayu itu selancar dahulu?’ Maksud saya dengan dahulu itu kira sepuluh hingga dua puluh tahun yang lalu.

Penulisan saya ini berdasarkan pengamatan saya dari perbualan bersama rakan-rakan dan pelajar-pelajar serta daripada artikel-artikel yang ditulis saban hari sempena Bulan Bahasa 2008.

Salah satu faktor yang membezakan generasi dahulu dan sekarang ialah pengaruh keluarga ke atas individu itu. Individu yang saya maksudkan ialah mereka yang di bangku sekolah. Dahulu ayah dan ibu kita bertutur dengan kita dalam bahasa ibunda. Begitu juga dengan datuk dan nenek kita. Secara ringkas semasa bersama keluarga, bahasa Melayu menjadi bahasa basahan dan harian kita. Kita hanya diperkenalkan kepada bahasa asing apabila kita menjejakkan kaki ke bangku sekolah. Realitinya itu yang menjadi budaya kebanyakkan keluarga kita dua puluh tahun dulu.

Memandangkan masa bergerak dengan begitu pantas dan sistem pendidikan menekankan pelajar-pelajar mahir berbahasa Inggeris, ramai ibu bapa Melayu di rumah juga tidak ketinggalan menerapkan penggunaan bahasa Inggeris di rumah. Namun bahasa Melayu tetap dituturkan di rumah terutama di kalangan nenek dan datuk bersama cucu-cucu mereka. Walaupun sistem pendidikan di Singapura menitikberatkan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, sistem yang sama ini juga mewajibkan para pelajar menguasai sekurang-kurangnya dwibahasa. Peralihan ini berlaku sepuluh tahun yang lalu.

Hari ini ungkapan-ungkapan yang sering keluar daripada para pelajar kita lebih berbaur bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Mana silapnya? Seorang guru saya pernah berkata “Jika kamu mahir berbahasa Inggeris, pastikan kamu juga mahir berbahasa Melayu”.

Ungkapan itu diutarakan oleh guru saya yang mengajar bahasa Inggeris dan beliau jugalah yang mengajar kami bahasa Melayu di peringkat ‘A’. Pada masa itu memang lazim bagi para pelajar mahir dalam menggunakan kedua-dua bahasa itu. Tidak terlintas suatu hari nanti ada anak bangsa Melayu yang canggung dalam penggunaan bahasa ibunda mereka sendiri. Namun ungkapan yang disampaikan lebih kurang sepuluh tahun dahulu kini agak sukar dicapai oleh generasi muda hari ini. Selain daripada keluarga yang menjadi tunggak melestarikan bahasa Melayu di kalangan anak-anak mereka, apakah lagi faktor-faktor yang menyebabkan kurangnya penggunaan bahasa Melayu?

Saya menyeru para pelajar sekalian untuk berkongsi pendapat kamu dan saya juga harap kamu dapat memberikan gagasan yang membina bagi kita mencapai huraiannya. Semoga kamu sekalian menjadi pejuang menegakkan dan melestarikan bahasa ibunda kamu.
Astiuri
230708

22 Julai 2008

01 Julai 2008

Yang harus ada dalam Blog kamu...

Pelajar-pelajar sekalian....



Memandangkan pertandingan ini sempena menyambut bulan bahasa, saya harap kamu semua giat berbicara dalam bahasa Melayu.


Mungkin ramai yang kurang pasti apakah yang perlu ada dalam blog kamu.


Berikut saya lampirkan perkara-perkara yang boleh kamu terokai dalam penulisan blog kamu:-




  1. Perasaan dan Reaksi kamu menyahut cabaran pertandingan blogging BB2008.Langkah-langkah yang akan diambil untuk memulakan blog.

  2. Asal usul serta sejarah permainan tradisional yang telah dipilih.

  3. Cara-cara permainan tradisional itu dimainkan.

  4. Bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan untuk permainan itu.

  5. Kajian tentang permainan tradisional yang telah dipilih.Dapatkan pandangan orang lain seperti mengapakah ia digemari atau kurang digemari. Temuramah juga boleh dilakukan dan terdapat audio posting serta video posting dalam blog.


  6. Sebab-sebab permainan tradisional itu perlu dilestarikan dan kerelevenannya pada masa ini.

Jika terdapat kesukaran atau pertanyaan harap salurkannya dalam komen kamu di lelaman ini.













Usaha kunci kejayaan....