17 September 2009

22 Julai 2009

Sajak Hari Kebangsaan


Diam tak diam sudah pun masuk bulan Ogos. Tibalah masanya kita menghargai pengorbanan generasi terdahulu yang telah banyak memperjuangkan kedaulatan negeri Singapura yang tercinta ini. Tidak lupa juga kepada pemimpin-pemimpin kita yang telah banyak menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan Singapura.


Sajak merupakan satu lagi bentuk penulisan kreatif dan tergolong dalam keluarga puisi.Sempena menyambut hari kebangsaan Singapura, marilah kita mengilhamkan sebuah sajak bertemakan Oh Singapuraku.


Sajak ini akan dideklamasikan di dalam kelas sebagai peraduan mendeklamasi sajak dan ini khas untuk pelajar-pelajar menengah bawah.


Tarikh tutupnya pastilah sebelum 9 Ogos 2009 dan kamu perlu memuatnaiknya ke dalam blog Bahasa Melayu kamu. Selamat mencuba.



'Tanpa mengetahui apa yang pernah sesebuah negara itu lalui, bagaimana kita dapat membentuk negara kita hari ini'

11 Mac 2009

Menengah 2 Normal Akademik/ Ekspres

Tajuk Blog : Menengah 2 Normal Akademik/ Ekspres


Cuti sekolah sepatutnya dimanfaatkan oleh para pelajar untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan bersama ahli keluarga. Bincangkan dalam blog kamu.

Kamu perlu memasukkan sekurang-kurangnya 3 entri dalam masa seminggu ini dengan tiga tarikh yang berbeza.
Setiap entri dan catatan perbincangan kamu perlu mengandungi tidak kurang daripada 150 patah perkataan.

Dalam blog kamu nyatakan perasaan serta pengalaman kamu menghabiskan cuti sekolah bersama keluarga. Kamu juga dipersilakan memberi pandangan agar rakan-rakan lain dapat memenuhi masa cuti sekolah mereka dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah.

Bahasa yang digunakan untuk menyampaikan pandangan kamu ialah dalam bahasa Melayu tetapi corak bahasanya mungkin lebih santai seakan-akan kamu sedang meluahkan pandangan kamu.

Jika terdapat sebarang kemusykilan harap hubungi saya melalui emel atau berikan ulasan pada catatan ini.

Selamat membuat catatan dan entri kamu. Akhir sekali selamat merehatkan minda kamu.



Cikgu Siti

Cuti-cuti Ke Kita Minggu Ni?



Kalau Kail Panjang Sejengkal
Lautan Dalam Usah Diduga
Kalau Bercuti Tanpa Berbekal
Manakan Minda Bisa Diuja?

Wahai pelajar-pelajar yang 'dikasihi' sekalian...

Cuti memang cuti tetapi kalau dibiarkan minda kita bercuti masakan ia dapat kekal bergerak lancar ketika sekolah dibuka kelak?

Nantikan tugasan-tugasan bagi kelas masing-masing. Cikgu akan muatnaik tajuk-tajuk perbincangan yang perlu pelajar-pelajar sekalian bincangkan bersama dengan rakan-rakan melewati alam siber ini. Jangan lupa komen blog rakan-rakan kamu....Selamat 'bercuti'.


Cikgu Siti