Saya nak tunjukkan video pelajar-pelajar yang menghadiri bengkel kompang.
27 Februari 2012
23 Februari 2012
PROJEK BAHASA MELAYU MENENGAH 2NA/2E
Salam sejahtera, Pelajar-pelajar 2NA dan 2E.
Ini merupakan projek Bahasa Melayu yang pertama buat tahun 2012.
Tajuk Projek : Alat Muzik Tradisional
Kamu dikehendaki memblog dua entri berkenaan Alat Muzik Tradisional pilihan kamu. Berikut adalah butiran lanjut berkenaan kedua-dua entri yang perlu kamu sediakan.
ENTRI PERTAMA : 20 MARKAH
1. Pilih 3 Alat Muzik Tradisional
2. Nyatakan sejarah di sebalik TIGA alat muzik itu dalam 40 patah perkataan. (10 markah)
3. Ceritakan bagaimana 3 alat muzik itu dimainkan dalam 40 patah perkataan. (10 markah)
4. Sertakan gambar ketiga-tiga alat muzik tradisional itu.
ENTRI KEDUA : 10 MARKAH
1. Nyatakan pengalaman kamu bermain alat muzik tradisional dalam 40 patah perkataan. (10 markah)
2. Sertakan video yang menunjukkan salah satu alat muzik tradisional yang telah kamu pilih.
Kedua-dua ENTRI ini perlu kamu siapkan secara individu dan diblog selewat-lewatnya hari
Sabtu 25hb Februari 2012.
Jika kamu mengambil dari sumber-sumber cetak atau di lelaman web, harap sertakan butiran hak milik cipta sumber-sumber itu di dalam entri-entri kamu. Jika terdapat sebarang pertanyaan, ajukan di lelaman FB kita.
Selamat berusaha

13 Februari 2012
PROJEK 1NA/1E : APA ITU BATIK?
Perkataan BATIK adalah gabungan perkataan dari Indonesia dan Malaysia iaitu 'amba' dari Indonesia dan 'titik' dari Malaysia. Apabila digabungkan ia menjadi "BATIK" dan perkataan ini telah digunakan secara global di kebanyakan Negara didunia ini.
Petikan ini diambil dari lelaman:
http://hijab-batik.com/apa_itu_batik.html
02 Februari 2012
iMTL
Salam tahun baru kepada semua pelajar Sekolah Menengah Guangyang. Walaupun sudah memasuki bulan Februari saya rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru.
Sekarang ini saya sedang menghadiri kursus untuk menggunakan portal baru dalam Bahasa Melayu. Nampak gaya tak lama lagi cikgu akan ketengahkan portal ini kepada kamu semua. Nama portal ini ialah iMTL. Ok Cikgu akan memberi sepenuh perhatian sekarang kepada kursus ini. Namun cikgu menghadapi masalah untuk masuk ke lelaman tu. Saya terpaksa tukar tempat. Apa nak buat? Rehat dan makan lah.
Lepas makan cikgu sambung yer.. tapi tunggu komen dari para pelajar sekalian.
Langgan:
Catatan (Atom)