27 Februari 2012

Pengalaman Saya Menghadiri Bengkel Kompang

Saya nak tunjukkan video pelajar-pelajar yang menghadiri bengkel kompang.







Pengalaman Saya Bermain Alat Muzik Tradisional

Pada hari Rabu.....






23 Februari 2012

PROJEK BAHASA MELAYU MENENGAH 2NA/2E

Salam sejahtera, Pelajar-pelajar 2NA dan 2E.

Ini merupakan projek Bahasa Melayu yang pertama buat tahun 2012.

Tajuk Projek : Alat Muzik Tradisional

Kamu dikehendaki memblog dua entri berkenaan Alat Muzik Tradisional pilihan kamu. Berikut adalah butiran lanjut berkenaan kedua-dua entri yang perlu kamu sediakan.


ENTRI PERTAMA : 20 MARKAH

1. Pilih 3 Alat Muzik Tradisional
2. Nyatakan sejarah di sebalik TIGA alat muzik itu dalam 40 patah perkataan. (10 markah)
3. Ceritakan bagaimana 3 alat muzik itu dimainkan dalam 40 patah perkataan. (10 markah)
4. Sertakan gambar ketiga-tiga alat muzik tradisional itu.

ENTRI KEDUA : 10 MARKAH
1. Nyatakan pengalaman kamu bermain alat muzik tradisional dalam 40 patah perkataan. (10 markah)
2. Sertakan video yang menunjukkan salah satu alat muzik tradisional yang telah kamu pilih.

Kedua-dua ENTRI ini perlu kamu siapkan secara individu dan diblog selewat-lewatnya hari


Sabtu 25hb Februari 2012. 

Jika kamu mengambil dari sumber-sumber cetak atau di lelaman web, harap sertakan butiran hak milik cipta sumber-sumber itu di dalam entri-entri kamu. Jika terdapat sebarang pertanyaan, ajukan di lelaman FB kita.
Selamat berusaha

13 Februari 2012

PROJEK 1NA/1E : APA ITU BATIK?

Perkataan BATIK adalah gabungan perkataan dari Indonesia dan Malaysia iaitu 'amba' dari Indonesia dan 'titik' dari Malaysia. Apabila digabungkan ia menjadi "BATIK" dan perkataan ini telah digunakan secara global di kebanyakan Negara didunia ini. Petikan ini diambil dari lelaman: http://hijab-batik.com/apa_itu_batik.html

02 Februari 2012

iMTL

Salam tahun baru kepada semua pelajar Sekolah Menengah Guangyang. Walaupun sudah memasuki bulan Februari saya rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. Sekarang ini saya sedang menghadiri kursus untuk menggunakan portal baru dalam Bahasa Melayu. Nampak gaya tak lama lagi cikgu akan ketengahkan portal ini kepada kamu semua. Nama portal ini ialah iMTL. Ok Cikgu akan memberi sepenuh perhatian sekarang kepada kursus ini. Namun cikgu menghadapi masalah untuk masuk ke lelaman tu. Saya terpaksa tukar tempat. Apa nak buat? Rehat dan makan lah. Lepas makan cikgu sambung yer.. tapi tunggu komen dari para pelajar sekalian.

26 Julai 2011

Awalan Pinjaman

09 Februari 2011

Salam 2011

tup tup eh dah 2011...

Masa bergerak dengan begitu pantas sekali ... usia blog kita semua pun sudah makin meningkat.. kalau dikira dari tahun 2008..dah 3 tahun kita merangkak menggunakan wadah elektronik ini. Selamat Ulang Tahun lah kita ucapkan kepada kita-kita semua......

Untuk pengetahuan para pelajar sekalian, Cikgu sudah pun menyediakan wadah baru untuk penglibatan kita semua....http://www.facebook.com/pages/Pelayaran-Bahasa-GYSS/100563086661792.... lelaman FACEBOOK BMGYSS ini memerlukan kerjasama para pelajar sekalian untuk melawatinya dan berkongsi maklumat.

Harap kamu semua akan melawatinya da 'LIKE' lelaman itu...Weeeeee

Cikgu Siti