23 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH

PERMAINAN TRADISIONAL

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM

ADAT PERKAHWINAN ORANG MELAYU BRUNEI
ADAT BERBEDAK

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELIMA

Adat PerkahwinanBerikut merupakan slaid yang Cikgu dapatkan daripada rakan-rakan guru di Brunei. Terima kasih pada rakan-rakan guru di SMRIPAS.
View more presentations from nahsuri.

08 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA

SAJAK MELAYU

Sempena Bulan Bahasa marilah kita sama-sama memartabatkan Bahasa Melayu. Jika kita tahu betapa bernilainya Bahasa Melayu itu....pasti kita dapat benar-benar menghargainya. Bahasa Kita. Gunakanlah.

Mel Ayu, Me Layu, Mela Yu

Mel Ayu
Sedap nama you
Naiklah saham you
Nama Inggeris bau Melayu
Namanya Ayu....

Me Layu
kenapa begitu
yang segar jadik layu
yang baku konon beku
me tak layu cuma lidah me kelu

Mela Yu
Anak bangsaku
Bangkit dari lamunanmu
Yang me-layu

Yang Mel Ayu

Satu persatu susun bahasamu
Lapik di lapik
Bicara budi bicara
Sahut seruan tokoh

Tokoh terdahulu

Takkan Melayu Hilang di Dunia
Seru Pahlawan Bangsa Melayu Melaka

Melayu Mudah Lupa

Cabar si Mantan Ketua Tua

Aku Melayu Baku
Laungan Teruna Seni

Aku Melayu
Seperti yang baru lalu
Terpinga-pinga menggaru
Mana perginya bangsaku

Bangsa Melayuku maju kini
Sahut cabaran globalisasi
Kibar panji-panji jati diri
Luaskan sayap taburkan bakti

Takkan nama Melayu mati

Kubur tiada bernisan jati

Namun Melayu terpahat di sanubari
Perjuangkan bahasa penuh budi



Astiuri (Cikgu Siti)
100309





07 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA


MENJEJAK BUDAYA MELAYU

Aku anak Melayu jati. Aku dilahirkan dan dibesarkan sebagai anak Melayu. Keluargaku amat prihatin akan pentingnya kami dua beradik mengetahui adat resam dan budaya orang Melayu agar tinggi budi pekerti kami sebagai anak Melayu. Agar kami berdua tidak lupa akan cara kehidupan orang Melayu.

Setelah kami dewasa kami mula menjelajah. Kami meminati kehidupan berbilang bangsa dan budaya di Singapura. Dalam perjalanan kami menjelajah dari sebuah negara ke negara yang lain, kami meraih banyak pengalaman dan pengajaran darinya, terutama sekali dari segi cara kehidupan rakyat sesebuah negara itu atau dalam erti kata lain budaya mereka.

Namun ini tidak bermaksud kami lupa akan budaya Melayu dan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya luar. Bahkan kami dua bersaudara lebih akrab dengan budaya Melayu dan bangga dengan budaya itu sehingga kadangkala kami dapat mempengaruhi orang luar untuk mendekati budaya kami. Antara kebanggaan budaya kami ialah peradaban orang Melayu.

Banyak yang ingin saya ketengahkan, namun saya akan memfokuskan entri-entri Blog saya kepada Kesenian Melayu dan Peradaban Orang Melayu.

06 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - BUDAYA

PANDUAN MENULIS BLOG - PERTANDINGAN BLOGGING 2010

Salam semua.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu para pelajar ambil dalam memulakan pertandingan.

1. Pastikan kamu letak tajuk dalam huruf besar seperti yang saya
lakukan pada tajuk entri ini. Ini untuk memudahkan para pengadil membezakan kerja harian sekolah dan entri untuk pertandingan blog.

2. Entri pertama kamu perlulah menerangkan perasaan kamu apabila diberitahu tentang penyertaan kamu dalam pertandingan ini. Seterusnya nyatakan pula perancangan kamu untuk entri-entri seterusnya.

3. Bagi 10 atau lebih entri yang berikutnya, kamu boleh ikuti entri saya seterusnya.


Selamat berblogging semua. Semoga berjaya.


www.pertandinganblogging2010.blogspot.com

05 Julai 2010

Pertandiangan Blogging 2010 - BUDAYA

BUDAYA

Salam sejahtera para pelajar sekalian...

Pertandingan Blogging kembali lagi dah tema bagi tahun 2010 ini ialah BUDAYA.

Para pelajar sekalian dikehendaki memasukkan sekurang-kurangnya 10 entri sebelum 30hb Julai 2010. Tarikh keramat ini jatuh pada hari Jumaat.

Dalam entri cikgu berikutnya akan cikgu berikan panduan bagaimana untuk memulakan Pertandingan Blog kamu.

Dalam setiap pertandingan yang penting ialah semangat bertanding, pengetahuan yang diraih dan akhir sekali keseronokan bertanding. Jika menang itu berupakan bonus. Jika kalah sekurang-kurangnya kita rasa seronok membuat blog masing-masing.

Semoga berjaya.

04 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA

PANDUAN MENULIS BLOG BAGI PERTANDINGAN BLOGGING 2010


ENTRI PERTAMA


  1. Perasaan dan pandangan kamu berkenaan Budaya Melayu.
  2. Apa yang kamu tahu tentang Budaya Melayu?
  3. Perasaan dan pandangan kamu tentang pertandingan yang perlu kamu sertai.
  4. Apakah aspek-aspek budaya yang menjadi pilihan kamu bagi entri-entri seterusnya?


ENTRI KEDUA


  1. Sasarkan entri kamu ini kepada asal usul atau sejarah disebalik aspek budaya yang telah kamu pilih.
  2. Apakah yang menarik perhatian kamu sehingga kamu memilih aspek budaya itu?
  3. Berikan pandangan peribadi kamu tentang aspek budaya itu.
  4. Nyatakan apakah yang akan kamu sentuh pada entri seterusnya dalam sepotong ayat sahaja.

ENTRI KETIGA