02 Ogos 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELAPAN
















SALAM SEJAHTERA....

Sepuluh entri telah terlaksana...Cikgu harap pelajar-pelajar sekalian telah mendapat manfaat daripada pertandingan yang telah diadakan....Mungkin dari segi bahasa ramai yang masih kuran mahir memandangkan ramai yang terkial-kial menterjemahkan perkataan atau frasa Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu..Namun Cikgu dapat melihat keseronokan yang kamu pamerkan dalam perjalanan kita semua meredah budaya Melayu yang semakin asing dalam masyarakat Melayu itu sendiri.

Bak pepatah lama menyatakan 'tak kenal maka tak cinta'..Cikgu harap begitu jugalah halnya bagi kita semua yang sekarang ini sudah mula mengenali budaya kita... Cikgu galakkan pelajar-pelajar sekalian agar melungsuri blog teman-teman kamu supaya kamu juga dapat mengenali pelbagai aspek budaya Melayu...manalah tahu dah kenal bolehlah jatuh cinta pada budaya Melayu...akhirnya kamu juga mengenali dan terpaut pada bahasa Melayu...tidak mustahil bukan??

Pada kesempatan ini juga Cikgu ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas penyertaan para pelajar sekalian.. tanpa minat yang kalian pamerkan pertandingan ini kurang jayanya.. kejayaan dalam pertandingan ini bukanlah hadiah atau anugerah yang dimenangi tetapi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang kamu raih dalam melaksanakannya... anugerah itu sekadar satu pengiktirafan.. jika kita melakukan blog ini setulus ikhlas...kepuasan itu datang dari hasil kerja yang kita pamerkan dalam blog masing-masing...

Akhir kata... syabas dan teruskan blog kamu.. pastinya ia dalam bahasa Melayu...


Salam Ikhlas,
Cikgu Siti Asnah


Tiada ulasan: