29 Ogos 2008

Selamat Hari Guru




...Sudah lama rasanya saya tak menyambut Hari Guru...
Setiap kali tibanya hari guru
saya benar-benar rasa terharu..
bukan kerana saya guru ....
tetapi saya terkenangkan zaman saya menjadi murid dahulu...

Ramai guru yang telah mendidik saya..
ada yang kini sudah bersara...
namun jasa baik mereka mendidik saya ..
sehingga kini masih saya kenang....

baru-baru ini saya berkesempatan menjalin kembali hubungan
dengan guru-guru yang pernah mengajar saya...
semasa kami di sekolah menengah...
alangkah kecil dunia siber ini
sehingga dapat...
menjalin talian yang putus seketika dulu...
kepada sekalian guru yang pernah mendidikku...
serta rakan-rakan guru sekalian ...
dengan butiran air mata keikhlasan...

Cikgu Ernie dan Cikgu Haniza
ku ucapkan ...
Selamat Hari Guru....

Astiuri
Guangyang 2008










06 Ogos 2008

Cara-cara Menjadi Pengguna Internet Yang Bertanggungjawab

Hari ini internet menjadi wadah yang digemari para remaja serta yang dewasa untuk menyampaikan isi hati serta berkenalan. Banyak lagi fungsi internet yang membuatnya satu keperluan termasuklah dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru. Namun dalam menggunakan apa sahaja kemudahan baik telefon awam hinggalah ke penggunaan interenet, si pengguna itu hendaklah mempunyai sikap tanggungjawab dalam mengendalikan kemudahan itu.
Arahan:
  1. Para pelajar 3 Normal Akademik, kamu dikehendaki memikirkan topik yang diberikan secara kritikal: "Cara-cara menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab"
  2. Pemikiran kritis kamu itu diharapkan mempunyai sekurang-kurangnya lima langkah yang boleh diambil untuk menjadi pengguna intenet yang bertanggungjawab.
  3. Panjangnya pandangan kamu itu tidak kurang daripada 300 patah perkataan.
  4. Setelah selesai mencoretkan pandangan kamu di dalam blog masing-masing, kamu dikehendaki mencoretkan pula komen-komen yang membangun kepada coretan rakan-rakan kamu.
  5. Tarikh tutup bagi coretan serta komen-komen kamu ialah 10hb Ogos 2008 sebelum jam 8 malam.

Akhir sekali dari saya, jika terdapat sebarang pertanyaan harap menghubungi saya melalui blog ini setiap hari sebelum jam 9 malam. Jangan lupa untuk memberi komen kepada coretan saya ini sesudah kamu membacanya.

25 Julai 2008

Muat Naik Lagu

Ramai yang bertanya bagaimana untuk muat naik lagu. Berikut adalah arahannya.

1. Kamu perlu daftar (sign-up)di lelaman musik. Contohnya imeem.com
2. Sesudah mendaftar kamu perlu masuk (sign-in) ke lelaman itu menggunakan alamat
email dan kata laluan yang telah kamu rakamkan.
3. Di ruangan mencari (search bar) taipkan lagu asli.
4. Kemudian buka playlist yang pilihan kamu.
5. Dalam satu playlist kadangkala ada banyak lagu dari itu kamu pilih di ruang 'check'/'uncheck' sebelah kiri list lagu-lagu.
6. Setelah membuat pilihan, scroll browser ke bawah selepas playlist.
7. Kamu akan nampak ada kekata 'favourite' beserta lambang hati 'heart'.
8. Di bawahnya ada lambang 'embeded this on', klik pada ikon 'more.
9. Satu lagi browser kecil akan timbul dan kamu boleh select ikon blogger.(maknanya kamu ingin masukkan lagu dalam blog kamu)
10. Ini diikuti dengan satu lagi browser yang mengarahkan ke mana 'playlist' kamu akan disertakan.
11. Kamu akan disuruh 'sign-in' ke blog kamu dan secara automatik sudah dimasukkan ke dalam blog kamu. Tetapi kamu perlu mengesahkan entri itu dan 'tambah widget'.
12. Nah kamu dah ada lagu dalam blog kamu.

Jangan putus asa kamu ada 48 jam lagi!!!Selamat mencuba... kalau kami boleh pasti kamu pun boleh...

23 Julai 2008

Ke mana Arah Bahasa Ibunda Kita.




Yang kurik kundi
Yang merah saga
Yang baik budi
Yang indah Bahasa

Sempena Bulan Bahasa 2008, saya ingin menyentuh tentang penggunaan bahasa Melayu di kalangan mereka yang berbangsa Melayu, tidak kiralah dari golongan mana sekalipun asal sahaja mereka ini berbangsa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang saya maksudkan bukan setakat secara tulisan tetapi juga secara lisan.

Saya mengajukan soalan ini kepada teman-teman serta anak didik saya; ‘Mengapa akhir-akhir ini ramai orang Melayu yang dilahirkan dalam keluarga Melayu yang bahasa ibundanya bahasa Melayu, tidak dapat menggunakan bahasa Melayu itu selancar dahulu?’ Maksud saya dengan dahulu itu kira sepuluh hingga dua puluh tahun yang lalu.

Penulisan saya ini berdasarkan pengamatan saya dari perbualan bersama rakan-rakan dan pelajar-pelajar serta daripada artikel-artikel yang ditulis saban hari sempena Bulan Bahasa 2008.

Salah satu faktor yang membezakan generasi dahulu dan sekarang ialah pengaruh keluarga ke atas individu itu. Individu yang saya maksudkan ialah mereka yang di bangku sekolah. Dahulu ayah dan ibu kita bertutur dengan kita dalam bahasa ibunda. Begitu juga dengan datuk dan nenek kita. Secara ringkas semasa bersama keluarga, bahasa Melayu menjadi bahasa basahan dan harian kita. Kita hanya diperkenalkan kepada bahasa asing apabila kita menjejakkan kaki ke bangku sekolah. Realitinya itu yang menjadi budaya kebanyakkan keluarga kita dua puluh tahun dulu.

Memandangkan masa bergerak dengan begitu pantas dan sistem pendidikan menekankan pelajar-pelajar mahir berbahasa Inggeris, ramai ibu bapa Melayu di rumah juga tidak ketinggalan menerapkan penggunaan bahasa Inggeris di rumah. Namun bahasa Melayu tetap dituturkan di rumah terutama di kalangan nenek dan datuk bersama cucu-cucu mereka. Walaupun sistem pendidikan di Singapura menitikberatkan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, sistem yang sama ini juga mewajibkan para pelajar menguasai sekurang-kurangnya dwibahasa. Peralihan ini berlaku sepuluh tahun yang lalu.

Hari ini ungkapan-ungkapan yang sering keluar daripada para pelajar kita lebih berbaur bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Mana silapnya? Seorang guru saya pernah berkata “Jika kamu mahir berbahasa Inggeris, pastikan kamu juga mahir berbahasa Melayu”.

Ungkapan itu diutarakan oleh guru saya yang mengajar bahasa Inggeris dan beliau jugalah yang mengajar kami bahasa Melayu di peringkat ‘A’. Pada masa itu memang lazim bagi para pelajar mahir dalam menggunakan kedua-dua bahasa itu. Tidak terlintas suatu hari nanti ada anak bangsa Melayu yang canggung dalam penggunaan bahasa ibunda mereka sendiri. Namun ungkapan yang disampaikan lebih kurang sepuluh tahun dahulu kini agak sukar dicapai oleh generasi muda hari ini. Selain daripada keluarga yang menjadi tunggak melestarikan bahasa Melayu di kalangan anak-anak mereka, apakah lagi faktor-faktor yang menyebabkan kurangnya penggunaan bahasa Melayu?

Saya menyeru para pelajar sekalian untuk berkongsi pendapat kamu dan saya juga harap kamu dapat memberikan gagasan yang membina bagi kita mencapai huraiannya. Semoga kamu sekalian menjadi pejuang menegakkan dan melestarikan bahasa ibunda kamu.
Astiuri
230708

22 Julai 2008

01 Julai 2008

Yang harus ada dalam Blog kamu...

Pelajar-pelajar sekalian....



Memandangkan pertandingan ini sempena menyambut bulan bahasa, saya harap kamu semua giat berbicara dalam bahasa Melayu.


Mungkin ramai yang kurang pasti apakah yang perlu ada dalam blog kamu.


Berikut saya lampirkan perkara-perkara yang boleh kamu terokai dalam penulisan blog kamu:-




  1. Perasaan dan Reaksi kamu menyahut cabaran pertandingan blogging BB2008.Langkah-langkah yang akan diambil untuk memulakan blog.

  2. Asal usul serta sejarah permainan tradisional yang telah dipilih.

  3. Cara-cara permainan tradisional itu dimainkan.

  4. Bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan untuk permainan itu.

  5. Kajian tentang permainan tradisional yang telah dipilih.Dapatkan pandangan orang lain seperti mengapakah ia digemari atau kurang digemari. Temuramah juga boleh dilakukan dan terdapat audio posting serta video posting dalam blog.


  6. Sebab-sebab permainan tradisional itu perlu dilestarikan dan kerelevenannya pada masa ini.

Jika terdapat kesukaran atau pertanyaan harap salurkannya dalam komen kamu di lelaman ini.













Usaha kunci kejayaan....


27 Jun 2008

Permainan Tradisional

Salam kepada semua,


Hari ini merupakan hari pertama kami memperkenalkan pertandingan blogging kepada pelajar-pelajar menengah 3. hhhmmm biasalah kalau menggunakan makmal komputer pasti masa yang terluang lebih dari yang dijangkakan.


Ramai pelajar yang sempat mendaftarkan akaun email yang baru serta akaun blog mereka khas untuk pertandingan ini. Namun ramai yang tidak sempat untuk mengisikan blog entri pertama mereka pada hari ini.


Tajuk yang telah diberikan oleh kami untuk hari ini ialah perasaan dan reaksi pelajar apabila diberitahu tentang perlunya mereka semua menyertai pertandingan ini.


Kami harap pelajar-pelajar yang tidak dapat menyelesaikannya pada hari ini dapat melaksanakannya di rumah. Semoga kamu semua dapat meraih manfaat dengan adanya pertandingan blog ini.


Setiap rintangan merupakan pintu pengajaran....

Pertandingan Blogging 2008

Sempena Bulan Bahasa Melayu 2008, pertandingan blogging dianjurkan untuk menggalak para pelajar berkongsi buah fikiran serta komentar dalam Bahasa Melayu.

Tema blog kamu ialah Permainan Tradisional.

  1. Blog para pelajar juga perlu mengandungi catatan hasil kajian kamu serta perbincangan mengenainya.

  2. Alamat blog yang akan para pelajar daftarkan perlu bermula dengan bb2008-namapelajar.blogspot.com.

  3. Para pelajar diingatkan agar memastikan segala gambar digital yang digunakan haruslah yang tulen dan tidak disalin dari mana-mana lelaman tanpa izin pemiliknya. Misalnya, gambar gasing dan wau.

  4. Para pelajar perlu menulis sekurang-kurangnya 12 entri bermula 27 Jun 2008 dan berkahir 27 Julai 2008.

  5. Para pelajar akan dinilai dari segi :

kerelevanan (isi dan bahasa yang digunakan)

kreativiti (corak dan persembahan blog)

nilai tambah (unsur ilmu dan pendidikan)

Selamat mencuba!!




26 Jun 2008

Pelancaran Blogspot- Bahasa Melayu GYSS


Salam kepada para pelajar sekalian...


Walaupun sudah mencecah pertengahan 2008, rasanya tidak terlambat bagi kita untuk mencuba sesuatu baru dari apa yang kita sering gunakan. Antara portal yang sedia ada bagi pelajar-pelajar di GYSS ialah Litespeed dan Multiply masing-masing.


Mungkin ada di antara kamu yang senasib dengan kami yang baru sahaja berjinak-jinak menggunakan blogspot.com. Hmmmm.. tak tahulah kami selepas ini portal yang mana lagi yang dapat kita terokai. Namun yang pasti kami harap anak didik dari GYSS akan membuka luas teratakminda-teratak minda masing-masing sehingga dunia teknologi maklumat menjadi sebati dalam diri kamu semua.


Salam hormat,

Guru-guru Bahasa Melayu

GYSS