09 Julai 2014

UJIAN GAMBAR - FARHAN MENENGAH 2 EKSPRES 27 OGOS 2014

UJIAN LISAN - PERBUALAN BERDASARKAN GAMBAR



CERITAKAN TENTANG GAMBAR YANG KAMU LIHAT DI ATAS INI. GUNAKAN TEKNIK 'LIHAT', 'FIKIR' & 'BAYANGKAN '

LIHAT :
1.Perhatikan gambar dengan teliti.
2.Penerangan secara keseluruhan. Terangkan latar belakang (background), latar masa, latar tempat.
3.Penerangan secara terperinci (foreground). Terangkan secara khusus apa yang lihat.

FIKIR :
1. Watak : jelaskan perasaan yang dipaparkan oleh watak dalam gambar.
2. Perwatakan : buat andaian bagi setiap isi yang berikan terutama tindakan watak dalam gambar.

BAYANGKAN :
1. Sebelum Gambar Dipetik :
  • Buat andaian peribadi . 
  • Kaitkan dengan pengalaman sendiri 
2. Setelah Gambar Dipetik   : 
  • Buat andaian peribadi . Kaitkan dengan nilai – contoh nilai kekeluargaan, tanggungjawab, hormat-menghormati, dan yang berkaitan dengan nilai sekolah.

04 Julai 2014

MENENGAH 1 NORMAL TEKNKAL - BACAAN

LATIHAN BACAAN

          "Siti, Nenek sudah seminggu di hospital. Tapi Siti masih belum jenguk-jenguk nenek. Esok, Siti pergi jenguk,ya.”

      Puan Hanita memujuk Siti dengan nada yang lembut. Malu rasanya apabila adik-beradiknya bertanya tentang Siti. Mereka menyangka buruk tentang Siti kerana cucu yang lain semuanya tidak pernah lepas daripada menjenguk ibunya yang sedang uzur itu. 

        “Ibu, berapa kali Siti nak cakap dengan Ibu. Siti malas dan memang tak ada masa nak tengok nenek. Lagipun apa lagi yang nak dilihat? Nenek memang sudah tua, bila-bila masa mesti dia mati! Ibu jangan kacau Siti boleh? Keluarlah!”

          Laju sahaja kata-kata yang keluar dari mulut Siti. Puan Hanita tergamam sebentar. Puan Hanita memarahi anaknya tetapi tegurannya itu tetap tidak diendahkan oleh Siti. Tingkah laku Siti sudah tidak boleh dikawal lagi. Memang silap Puan Hanita kerana terlalu manjakan Siti. Sejak kecil, Puan Hanita tidak pernah memukul atau bersikap tegas dengan anaknya itu. Siti ditatang bagai minyak yang penuh. Apa sahaja yang diinginkan Siti akan ibu bapanya berikan. Sebagai anak tunggal, setiap hari lahirnya akan disambut secara besar-besaran. 

          Namun, semenjak Siti meningkat dewasa, sikapnya yang kurang ajar itu semakin menjadi-jadi. Malah, Siti juga sering menghalau Puan Hanita dari biliknya dan pintu bilik langsung dikuncinya.



03 Julai 2014

MEN 1 EKSPRES - LATIHAN GAMBAR 3 JULAI 2014

LATIHAN GAMBAR



CERITAKAN TENTANG GAMBAR YANG KAMU LIHAT DI ATAS INI. GUNAKAN TEKNIK 'LIHAT', 'FIKIR' & 'BAYANGKAN '

LIHAT :
1.Perhatikan gambar dengan teliti.
2.Penerangan secara keseluruhan. Terangkan latar belakang (background), latar masa, latar tempat.
3.Penerangan secara terperinci (foreground). Terangkan secara khusus apa yang lihat.

FIKIR :
1. Watak : jelaskan perasaan yang dipaparkan oleh watak dalam gambar.
2. Perwatakan : buat andaian bagi setiap isi yang berikan terutama tindakan watak dalam gambar.

BAYANGKAN :
1. Sebelum Gambar Dipetik :
  • Buat andaian peribadi . 
  • Kaitkan dengan pengalaman sendiri 
2. Setelah Gambar Dipetik   : 
  • Buat andaian peribadi . Kaitkan dengan nilai – contoh nilai kekeluargaan, tanggungjawab, hormat-menghormati, dan yang berkaitan dengan nilai sekolah.
3. Pengajaran dan Nilai serta Faedah dan Manfaat 

UJIAN BACAAN - MENENGAH 1 EKSPRES 3 JULAI 2014

UJIAN BACAAN LISAN 

Manusia memerlukan hiburan untuk merasai nikmat kehidupan. Kanak-kanak gemarkan hiburan berbentuk kartun, orang dewasa pula cenderung kepada hiburan yang matang seusia dengan mereka. Bagaimanakah pula dengan diri seorang remaja? Sudah tentu seorang remaja itu mempunyai persepsi dan minat yang berbeza dalam memilih bentuk hiburan.


Minat yang berbeza inilah yang menjadikan diri seorang remaja itu unik. Tidak kiralah jika dia meminati muzik jazz, menonton wayang atau menganggap bermain boling sebagai hiburan. Yang penting dia menjadikan hiburan sebagai perkara positif dalam kehidupan. Tidak dinafikan remaja lebih cenderung meminati hiburan Barat berbanding dengan hiburan Timur. Tambahan pula, hiburan Barat telah banyak mempengaruhi mentaliti majoriti warga dunia. 



Namun, jangan jadikan pengaruh hiburan Barat sebagai alasan untuk lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai remaja. Remaja seharusnya mempunyai tanggungjawab yang penting kepada bangsa dan Negara. Jadikan nilai positif hiburan Barat sebagai wadah untuk berdaya kreatif. Lihat sahaja kumpulan muzik Too Phat yang menggunakan teknik hiburan Barat, iaitu rap untuk menghasilkan lagu bercirikan tempatan yang indah, Karya mereka bukan sahaja bernada rancak, tetapi juga menasihati pendengar untuk menginsafkan diri.

UJIAN BACAAN - MENENGAH 4 NORMAL AKADEMIK 3 JULAI 2014


UJIAN BACAAN LISAN 



          
Ketika di rumah Dr Safuan, dada Mama mula terasa sakit . Sebaik selepas memasak, Mama terasa mengah dan pergi berehat di ruang tengah. Malangnya dalam perjalanan, sakitnya kian menjadi-jadi. Mama tidak tertahan lalu duduk terlunjur di simen. Tangannya memekap dada sedang matanya dipejamkan rapat-rapat. Tanpa disedarinya, Dr Safuan yang sedang melayan anak-anaknya lalu di situ. Dengan segera, Mama diberi rawatan.


“Mulai esok, kakak tak payah datang bekerja, ya?” Cik Puan Mona memimpim Mama bangun daripada pembaringan di bilik khas di rumahnya.


“Saya ambil cuti. Di klinik tu ada tiga orang pembantu lain. Lagipun Makcik Mariam boleh membantu saya. Janganlah kakak susahkan. Kakak jagalah kesihatan kakak, ya !” Lembut dan mesra nada suara Cik Puan Mona.


Cik Puan Mona merenung ke dalam mata Mama yang jernih dan tenang itu. Hatinya tiba-tiba terasa sayu. Dia teringat akan ibunya yang tinggal jauh di utara. Dia tahu sayangnya kepada Mama bagai sayangkan kakak sendiri.

UJIAN BACAAN - MENENGAH 2 EKSPRES 3 JULAI 2014

UJIAN BACAAN LISAN 


Setelah makan tengah hari, Mama mengangkat pakaian dan melipat kesemuanya. Apabila selesai menunaikan fardhu Zuhur, barulah Mama pulang ke rumah. Biasanya lebih kurang dua setengah, Mama sudah sampai di rumah. Mulalah dia menyiapkan bahan untuk membuat karipap untuk dihantar ke kedai Mat Sengeh di kepala simpang Bukit Singgahsana. Pada ketika itu, Akhbar dan Moktar yang sudah selesai makan dan sembahyang Zuhur mula membantu. Sementara itu Bakhtiar pula baru sampai.

Mama mula-mula terasa dadanya tersangat sakit ketika di rumah Dr Safuan. Hari itu hari mingu. Sebaik selepas memasak, Mama terasa mengah dan pergi berehat di ruang tengah. Malangnya dalam perjalanan, sakitnya kian menjadi-jadi. Mama tidak tertahan lalu duduk terlunjur di simen. Tangannya memekap dada sedang matanya dipejamkan rapat-rapat. Tidak disedarinya, Dr Safuan yang sedang melayan anak-anaknya tiba-tiba lalu di situ. Dengan segera, Mama diberi rawatan. Tahulah seisi rumah itu kini, Mama tidak sihat. Mama menyesal kerana berkejar ke ruang tengah untuk berehat sehingga terlihat Dr Safuan. Sebenarnya, sebelum ini ada dua tiga kali dadanya terasa pedih-pedih. Tetapi sebelum itu, Mama masih gagah menahan sakit yang datang sekali-sekala itu.

“Mulai esok, kakak tak payah datang bekerja, ya?” Cik Puan Mona memimpim Mama bangun daripada pembaringan di bilik khas di rumahnya “Saya ambil cuti. Di klinik tu ada tiga orang pembantu lain. Lagipun Makcik Mariam boleh membantu saya. Janganlah kakak susahkan. Kakak jagalah kesihatan kakak, ya !” Lembut dan mesra nada suaranya. Cik Puan Mona merenung ke dalam matanya yang jernih dan tenang itu. Hatinya tiba-tiba terasa sayu. Dia teringat akan ibunya yang tinggal jauh di utara. Dia tahu sayangnya kepada Mama bagai sayangkan kakak sendiri.

01 Julai 2014

LATIHAN LISAN - TEKS BACAAN



Hari ini remaja zaman sekarang lebih suka menggunakan internet kerana ia lebih menarik dan bersifat interaktif. Namun mereka tidak tahu bahawa terdapat etika dalam menggunakan internet. Ramai remaja menggunakan internet untuk bersembang dengan rakan-rakan atau mencari kenalan baru. terdapat juga keburukan dan kebaikan dalam penggunaan internet ini.

Keburukannya adalah ada ramai pengguna internet yang suka ke lelaman yang tidak sesuai untuk mereka seperti lelaman lucah dan menengok video-video lucah. Mereka perlu sedar terdapat pengguna internet yang mampu menceroboh ke dalam akaun pengguna internet lain dengan tujuan untuk merosakkan reputasi seseorang itu.

Satu lagi keburukan internet ialah ada yang menggunakan internet untuk menyebarkan fitnah atau berita palsu yang boleh menjejas keharmonianAda juga bermain judi dan memain permainan yang tidak sah.Ada juga menghina orang di blog ataupun dimana-mana.Dan juga muat turun video-video dan permainan tanpa izin.Sikap tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan hidup orang susah.Kita boleh menyinggung perassan orang yang ada di sekitar kita tetapi kita tidak akan tahu.

Satu kebaikan pula adalah ramai orang menggunakan internet untuk bersembang dan berkenalan melalui Facebook atau Instagram. Lelaman sosial ini juga telah mendatangkan hasil kepada remaja yang ingin berjinak-jinak dengan dunia perniagaan memandangkan mereka boleh memasarkan produk keluaran mereka dengan mudah dan langsung kepada pelanggan.

28 Mei 2014

LATIHAN LISAN - GAMBAR

CERITAKAN TENTANG GAMBAR YANG KAMU LIHAT DI ATAS INI. GUNAKAN TEKNIK 'LIHAT', 'FIKIR' & 'BAYANGKAN '

LIHAT :
1.Perhatikan gambar dengan teliti.
2.Penerangan secara keseluruhan. Terangkan latar belakang (background), latar masa, latar tempat.
3.Penerangan secara terperinci (foreground). Terangkan secara khusus apa yang lihat.

FIKIR :
1. Watak : jelaskan perasaan yang dipaparkan oleh watak dalam gambar.
2. Perwatakan : buat andaian bagi setiap isi yang berikan terutama tindakan watak dalam gambar.

BAYANGKAN :
1. Sebelum Gambar Dipetik :
  • Buat andaian peribadi . 
  • Kaitkan dengan pengalaman sendiri 
2. Setelah Gambar Dipetik   : 
  • Buat andaian peribadi . Kaitkan dengan nilai – contoh nilai kekeluargaan, tanggungjawab, hormat-menghormati, dan yang berkaitan dengan nilai sekolah.

10 Mac 2014

MH370 : SATU REFLEKSI



MH370 : SATU REFLEKSI 

1. PERASAAN SAYA APABILA MENGETAHUI TENTANG KEHILANGAN MH370.




2. PERASAAN SAYA SETELAH MEMBACA KOMEN-KOMEN YANG NEGATIF TENTANG KEHILANGAN MH370.



3. DUA PERKARA YANG SAYA PELAJARI DARIPADA EPISOD INI.