04 Julai 2014

MENENGAH 1 NORMAL TEKNKAL - BACAAN

LATIHAN BACAAN

          "Siti, Nenek sudah seminggu di hospital. Tapi Siti masih belum jenguk-jenguk nenek. Esok, Siti pergi jenguk,ya.”

      Puan Hanita memujuk Siti dengan nada yang lembut. Malu rasanya apabila adik-beradiknya bertanya tentang Siti. Mereka menyangka buruk tentang Siti kerana cucu yang lain semuanya tidak pernah lepas daripada menjenguk ibunya yang sedang uzur itu. 

        “Ibu, berapa kali Siti nak cakap dengan Ibu. Siti malas dan memang tak ada masa nak tengok nenek. Lagipun apa lagi yang nak dilihat? Nenek memang sudah tua, bila-bila masa mesti dia mati! Ibu jangan kacau Siti boleh? Keluarlah!”

          Laju sahaja kata-kata yang keluar dari mulut Siti. Puan Hanita tergamam sebentar. Puan Hanita memarahi anaknya tetapi tegurannya itu tetap tidak diendahkan oleh Siti. Tingkah laku Siti sudah tidak boleh dikawal lagi. Memang silap Puan Hanita kerana terlalu manjakan Siti. Sejak kecil, Puan Hanita tidak pernah memukul atau bersikap tegas dengan anaknya itu. Siti ditatang bagai minyak yang penuh. Apa sahaja yang diinginkan Siti akan ibu bapanya berikan. Sebagai anak tunggal, setiap hari lahirnya akan disambut secara besar-besaran. 

          Namun, semenjak Siti meningkat dewasa, sikapnya yang kurang ajar itu semakin menjadi-jadi. Malah, Siti juga sering menghalau Puan Hanita dari biliknya dan pintu bilik langsung dikuncinya.



Tiada ulasan: