UJIAN BACAAN LISAN
Manusia memerlukan hiburan untuk merasai nikmat kehidupan. Kanak-kanak gemarkan hiburan berbentuk kartun, orang dewasa pula cenderung kepada hiburan yang matang seusia dengan mereka. Bagaimanakah pula dengan diri seorang remaja? Sudah tentu seorang remaja itu mempunyai persepsi dan minat yang berbeza dalam memilih bentuk hiburan.
Minat yang berbeza inilah yang menjadikan diri seorang remaja itu unik. Tidak kiralah jika dia meminati muzik jazz, menonton wayang atau menganggap bermain boling sebagai hiburan. Yang penting dia menjadikan hiburan sebagai perkara positif dalam kehidupan. Tidak dinafikan remaja lebih cenderung meminati hiburan Barat berbanding dengan hiburan Timur. Tambahan pula, hiburan Barat telah banyak mempengaruhi mentaliti majoriti warga dunia.
Namun, jangan jadikan pengaruh hiburan Barat sebagai alasan untuk lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai remaja. Remaja seharusnya mempunyai tanggungjawab yang penting kepada bangsa dan Negara. Jadikan nilai positif hiburan Barat sebagai wadah untuk berdaya kreatif. Lihat sahaja kumpulan muzik Too Phat yang menggunakan teknik hiburan Barat, iaitu rap untuk menghasilkan lagu bercirikan tempatan yang indah, Karya mereka bukan sahaja bernada rancak, tetapi juga menasihati pendengar untuk menginsafkan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan