UJIAN BACAAN LISAN
Setelah makan tengah hari, Mama mengangkat pakaian dan melipat kesemuanya. Apabila selesai menunaikan fardhu Zuhur, barulah Mama pulang ke rumah. Biasanya lebih kurang dua setengah, Mama sudah sampai di rumah. Mulalah dia menyiapkan bahan untuk membuat karipap untuk dihantar ke kedai Mat Sengeh di kepala simpang Bukit Singgahsana. Pada ketika itu, Akhbar dan Moktar yang sudah selesai makan dan sembahyang Zuhur mula membantu. Sementara itu Bakhtiar pula baru sampai.
Mama mula-mula terasa dadanya tersangat sakit ketika di rumah Dr Safuan. Hari itu hari mingu. Sebaik selepas memasak, Mama terasa mengah dan pergi berehat di ruang tengah. Malangnya dalam perjalanan, sakitnya kian menjadi-jadi. Mama tidak tertahan lalu duduk terlunjur di simen. Tangannya memekap dada sedang matanya dipejamkan rapat-rapat. Tidak disedarinya, Dr Safuan yang sedang melayan anak-anaknya tiba-tiba lalu di situ. Dengan segera, Mama diberi rawatan. Tahulah seisi rumah itu kini, Mama tidak sihat. Mama menyesal kerana berkejar ke ruang tengah untuk berehat sehingga terlihat Dr Safuan. Sebenarnya, sebelum ini ada dua tiga kali dadanya terasa pedih-pedih. Tetapi sebelum itu, Mama masih gagah menahan sakit yang datang sekali-sekala itu.
“Mulai esok, kakak tak payah datang bekerja, ya?” Cik Puan Mona memimpim Mama bangun daripada pembaringan di bilik khas di rumahnya “Saya ambil cuti. Di klinik tu ada tiga orang pembantu lain. Lagipun Makcik Mariam boleh membantu saya. Janganlah kakak susahkan. Kakak jagalah kesihatan kakak, ya !” Lembut dan mesra nada suaranya. Cik Puan Mona merenung ke dalam matanya yang jernih dan tenang itu. Hatinya tiba-tiba terasa sayu. Dia teringat akan ibunya yang tinggal jauh di utara. Dia tahu sayangnya kepada Mama bagai sayangkan kakak sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan