03 Julai 2014

UJIAN BACAAN - MENENGAH 4 NORMAL AKADEMIK 3 JULAI 2014


UJIAN BACAAN LISAN 



          
Ketika di rumah Dr Safuan, dada Mama mula terasa sakit . Sebaik selepas memasak, Mama terasa mengah dan pergi berehat di ruang tengah. Malangnya dalam perjalanan, sakitnya kian menjadi-jadi. Mama tidak tertahan lalu duduk terlunjur di simen. Tangannya memekap dada sedang matanya dipejamkan rapat-rapat. Tanpa disedarinya, Dr Safuan yang sedang melayan anak-anaknya lalu di situ. Dengan segera, Mama diberi rawatan.


“Mulai esok, kakak tak payah datang bekerja, ya?” Cik Puan Mona memimpim Mama bangun daripada pembaringan di bilik khas di rumahnya.


“Saya ambil cuti. Di klinik tu ada tiga orang pembantu lain. Lagipun Makcik Mariam boleh membantu saya. Janganlah kakak susahkan. Kakak jagalah kesihatan kakak, ya !” Lembut dan mesra nada suara Cik Puan Mona.


Cik Puan Mona merenung ke dalam mata Mama yang jernih dan tenang itu. Hatinya tiba-tiba terasa sayu. Dia teringat akan ibunya yang tinggal jauh di utara. Dia tahu sayangnya kepada Mama bagai sayangkan kakak sendiri.

Tiada ulasan: